fbpx

Gambar: Di Sekitar Majlis Pertunangan Fouziah Gous & Md Zhafran

Selepas bertahun di’lamun gossip yang tidak sudah, akhirnya Fouziah Gous kini bertemu dengan cinta hatinya & kini sudah pun selamat bergelar tunangan orang pada satu majlis ringkas malam ini.

Fouziah Gous dan Md Zhafran Md Yusof selamat bergelar pasangan bertunang dalam satu majlis yang di’adakan di Bora Asmara, Kuala Lumpur yang di’hadiri oleh seisi keluarga, rakan & media.

“Kami berkenalan pada Mac & baru 3 bulan kami bercinta namun Zhafran banyak memberi keyakinan kepada saya dalam segala hal”

“Memang pada awalnya kami hanya berbincang tentang bisnes sahaja namun rasa cinta itu datang secara tidak langsung,” jelas Fouziah Gous apabila di’tanya tentang peribadi tunangnya, Md Zhafran.

Pada majlis tersebut, Fouziah tampil anggun dalam persalinan pereka fesyen terkenal Zery Zamry. Pasangan ini merancang untuk langsungkan perkahwinan mereka pada September akan datang.