fbpx

Walaupun kami di’sini semua lelaki lelaki belaka, majalah EH! antara majalah yang boleh buat kami selak sehelai demi sehelai kerana isi’nya yang kena dengan jiwa.

Untuk edisi Julai 2012 yang akan berada di’pasaran nanti, EH! menampilkan bintang yang semakin meningkat naik Cristina Suzzane sebagai wajah muka hadapan.

Menarik’nya, sesi penggambaran untuk muka hadapan kali ini di’adakan khas di Delta Mekong, Vietnam dan bagi kami antara muka hadapan terbaik majalah ini sehingga hari ini.

Apa yang di’bicarakan Cristina Suzzane kepada majalah EH! dalam edisi kali ini? Anda perlu dapatkan majalah ini apabila berada di pasaran kelak. Apa cerita gossip Bront Palarae?

Kami ada terdengar daripada beberapa sumber mengatakan yang Cristina Suzzane kini sedang hangat bercinta dengan Bront Palarae & gossip ini sudah agak lama bertebaran.

Cristina Suzzane yang di’hubungi pantas menafikan sebarang hubungan dengan pelakon lelaki itu dan meminta kami sendiri bertanyakan kepada Bront Palarae jika tidak percaya. Ya, kami percaya.