fbpx

Gambar Bogel: Tasha Shilla Serah Kes Pada Polis

Mengakui kecewa dengan apa yang menimpa dirinya kerana perkara tersebut menjatuhkan maruahnya, Tasha Shilla bagaimanapun tidak mahu terus mengalah dengan keadaan dan menyerahkan siasatan kes berhubung penyebaran gambar separuh bogel yang dipercayai miliknya kepada polis.

BACA: Tasha Shilla Failkan Laporan Polis Isu Gambar Bogel

“Saya tidak mahu mengulas mengenai isu berkenaan dan biarlah pihak polis yang melakukan siasatan memandangkan ia sudah menjadi kes jenayah. Mungkin saya banyak berdiam diri sebelum ini tetapi sebenarnya saya berjuang dalam diam”

“Saya tidak perlu kongsi dengan masyarakat kerana ia adalah privasi dan biarlah hanya saya yang tahu,” katanya kepada mStar Online.

Menurut Tasha, dalam keadaan tersebut, dia hanya mampu berdoa di samping menganggap ia sebagai ujian Allah. Selain itu. dia juga tidak mengendahkan presepsi masyarakat tentang isu berkenaan kerana tidak dapat memuaskan hati semua orang lain.

“Bak kata pepatah – tak mati dek keji, tak hidup dek puji, jadi terpulang kepada orang hendak kata apa. Paling penting keluarga ada di sisi dan perkara ini menguatkan lagi hubungan kami sekeluarga,” ujarnya. (rtky/s)