fbpx

Gambar Anak Harith Iskander Di Laman Web Lucah

Apa yang terjadi kepada Harith Iskander ini benar-benar membimbangkan kerana gambar anak lelakinya bersama gambar kanak-kanak lain telah disiarkan di sebuah laman web pornografi kanak-kanak, dipercayai dari Malaysia.

BACA: Isteri Harith Iskander Hamil Anak Ketiga

“Google Alert membawa perhatian saya kepada gambar-gambar anak saya (dan saya sedang memangku anak saya) berserta gambar kanak-kanak lain yang muncul dalam sebuah laman web tempatan berserta imej grafik lucah”

HARITHKIDDYporn-L

“Kedua-dua adalah menjijikkan dan sangat membimbangkan, dan semestinya saya dalam proses menghubungi SKMM untuk mengetahui apa tindakan yang boleh diambil,” kata Harith melalui akaun Instagram miliknya semalam.

Selain itu, gambar anak perempuan Erra Fazira, Engku Aleesya juga terdapat di laman web tersebut. Pihak berwajib seharusnya mengambil tindakan pantas bagi mengelakkan perkara sebegini menular dengan lebih meluas tanpa sebarang sekatan. (rtky/s)