fbpx

Lama sebenarnya kami cuba untuk bertemu AC Mizal untuk bertanyakan perihal perniagaan baru beliau yang sedang di’gembar gemburkan ketika ini.

Kami berjaya menemui AC Mizal & isterinya, Emylia Rosnaida ketika sidang media mengumumkan pengacara & persembahan artis untuk Anugerah Industri Muzik ke 18 (AIM 18) minggu lalu.

Dalam kesempatan itu, kami sempat bertanya kepada AC Mizal sendiri tentang perniagaan baru beliau. Pengacara popular ini mengakui yang beliau kini memiliki perniagaan baru tetapi belum bersedia untuk berbicara secara details.

Menurut AC Mizal, perniagaan kedai serbaneka dengan nama M7 itu akan di’lancarkan kepada umum Disember 2011 dan setakat ini sudah ada beberapa nama besar turut serta termasuk Amy Search.

Berkaitan kereta mewah Bentley beliau, walaupun ada gossip mengatakan kereta mewah kebanggaan AC Mizal ini sudah di’tarik, kami masih lihat beliau dan isteri datang bergaya dengan kereta tersebut ke majlis tertentu.

Video bersama AC Mizal dan gambar bonus beliau bersama isteri, Emylia Rosnaida selepas ini. Kami doakan selamat maju jaya atas perniagaan baru anda dan lupa hendak tanya — apa cerita gelaran Datuk?