fbpx

Foto Mohd Redzuan Samsuddin

Tempohari, tidak sempat untuk kami lampirkan lebih banyak foto terkini Aaron Aziz untuk tatapan anda peminat pelakon kacak ini.

Jadi, bersempena dengan hari Jumaat & ramai dari anda sedang menunggu tamat’nya waktu kerja, ini barisan gambar terkini Aaron Aziz buat anda semua.

Berkata kepada Murai.com.my, Aaron Aziz umumkan yang beliau kini dalam proses awal untuk merealisasikan impian memiliki yayasan atas nama sendiri.

Impian Aaron Aziz itu timbul apabila hati pelakon kacak ini tersentuh melihat kanak kanak & golongan tidak bernasib baik terbiar tanpa tempat perlindangan sewajar’nya.

“Sudah lama saya simpan hasrat tersebut dan pada mulanya saya tergerak hati untuk membina masjid untuk mereka. Apabila difikirkan semula, lebih elok sekiranya saya membina yayasan yang mana boleh dijadikan tempat mereka berlindung,” ujar Aaron Aziz.