fbpx

Fuh! Aznil Hj Nawawi Sentap Bila Zizan Raja Lawak Gurau Guna Nama Bapa

Betul kata orang orang tua, terlajak perahu boleh undur, terlajak kata, sendiri mahu ingat!

Malam tadi ketika berlangsungnya siaran Raja Lawak musim terbaru (yang kami tidak tonton), Zizan Raja Lawak terpaksa telan kepahitan itu.

Dalam suasana penuh gurauan, Zizan Raja Lawak dengan tidak sengaja menyebut nama Aznil Hj Nawawi sebagai ‘Aznil Nawawa’.

Peminat yang sedar akan hal ini terus mengajukan keterlajakan Zizan Raja Lawak ini kepada Aznil Hj Nawawi melalui Twitter. Dan, segalanya bermula.

Namun, Zizan Raja Lawak juga melalui Twitter tidak menunggu lama untuk memohon maaf secara terbuka kepada Aznil Hj Nawawi & para peminat beliau.

Jika anda perasan, avatar akaun Twitter mereka berdua sama iaitu ikon Hero Malaya yang di’katakan projek terbaru bersama yang sedang di’heboh hebohkan Zizan Raja Lawak. Apa cerita?