fbpx

Fouziah Gous, Zhafran Umum Bakal Nikah Minggu Depan

Petang tadi telah berlangsung satu sidang media khas yang di’anjurkan oleh Fouziah Gous dan tunangnya, Md Zhafran untuk mengumumkan tarikh pernikahan sekaligus perancangan majlis bahagia mereka kelak.

Selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan, pasangan ini telah mengambil keputusan untuk bernikah pada 21 September 2013 & majlis mereka ini akan mengambil tempat di Dewan Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, jam 8.00 malam.

Fouziah Gous berkata yang tarikh itu telah pun d’pilih sejak tiga minggu yang lalu & memilihnya kerana semua ahli keluarga dari kedua dua belah pihak pengantin akan ada pada tarikh tersebut.

Pelakon ini turut berkata yang mereka telah memilih konsep Pakistan untuk majlis itu nanti kerana beliau sendiri mempunyai darah campuran kacukan Cina-Pakistan.

Majlis persandingan Fouziah Gous dan Zhafran pula akan berlangsung genap seminggu selepas pernikahan iaitu pada 29 September 2013 bertempat di Hotel J.W Marriot, Putrajaya.