fbpx

Forteen Anjurkan Konsert KITA 20FORTEEN Untuk Hargai Sokongan Peminat

Genap tiga tahun berada dalam industri hiburan dan berjaya menempa nama tersendiri dalam dunia muzik tanah air, Forteen yang dianggotai 4 jejaka berbakat besar Izzue, Ariz, One & Ameer kini tampil dengan sebuah konsert penghargaan buat para peminat.

Forteen mula mendapat perhatian ramai pada tahun 2011 dengan lagu berhantu mereka berjudul Berdua Bersatu sehingga tercalon dalam Top 5 Artis Duo/Kumpulan ABPBH tahun itu dan kembali dengan Seperti Dulu selepas kejayaan pertama.

Industri muzik seakan merestui perjalanan seni kumpulan ini apabila mereka dinobatkan sebagai Vokal Berkumpulan Terbaik AIM 19 tahun 2012 dan single ketiga berjudul Kita berjaya tercalon ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 28 dan Top 5 Vokal Berkumpulan Terbaik AIM 20.

Dengan kejayaan demi kejayaan yang diraih oleh Forteen & bagi menghargai kesetiaan peminat yang sentiasa menyokong dan untuk menampilkan bakat Forteen, KRU Music akan menganjurkan Konsert KITA 20FORTEEN yang bakal berlangsung pada 29 Mac 2014.

forteen

Konsert ini akan mengambil tempat di KL Live, Jalan Sultan Ismail & bermula pada jam 5 petang sehingga 7 petang. Konsert selama 2 jam ini akan menggunakan live band bagi memantapkan lagi persembahan selain akan diselangseli dengan gimik dan kejutan yang bakal diketahui pada hari konsert tersebut.

Sebanyak 15 buah lagu bakal dipersembahkan oleh Forteen pada konsert itu dan peminat boleh mendapatkan tiket yang berharga RM80 sahaja.

Penjualan tiket konsert ini telah dijalankan dan boleh didapati di talian hotline United Studios 03-83201888, KL Live 03-21622570/71/72 dan di Redbox Ria 03-21457788. Maklumat lanjut di facebook.com/officialforteen. Rotikaya.com adalah portal rasmi untuk konsert ini.