fbpx

Fobia Putus Tunang, Ezzaty Abdullah Nikah Aidilfitri Ini

Tidak mahu sejarah lama berulang kembali, Ezzaty Abdullah menjelaskan bahawa dia dan juga bakal suami iaitu Azwan Kombos akan melangsungkan pernikahan pada Aidilfitri nanti selain tidak merancang melakukan majlis besar-besaran.

BACA: Azwan Kombos: Tahun Ini Raya Terakhir Sebagai Bujang

Melalui Harian Metro, Ezzaty mengakui bahawa apa yang dilakukannya itu adalah apa yang dipelajari daripada kejadian putus tunang sebelum ini. Jika bertunang dan tidak ada jodoh, akibatnya keluarga turut menanggung malu.

“Seperti dijelaskan Azwan, memang ada benarnya. Kalau bertunang pun ia tidak sepatutnya dihebohkan. Jadi rasanya jalan terbaik, nikah terus dan tidak perlulah bertunang,” katanya. Majlis pernikahan dan perkahwinan yang bakal berlangsung Aidilfitri nanti akan diadakan di Bentong.

Menurut Utusan Online, sebelum ini Ezzaty pernah bertunang dengan jejaka yang digelar Mr. S namun ikatan tersebut hanya bertahan selama 7 bulan dan akhirnya terputus di tengah jalan. Apa pun, semoga perancangan majlis pernikahan pasangan ini nanti akan dipermudahakan. (rtky/s)