fbpx

Fizz Fairuz Tidak Kisah Isteri Semakin Berisi

Sememangnya memahami perubahan yang dialami isteri selepas melahirkan anak, Fizz Fairuz mengakui tidak kisah apabila Almy Nadia sedikit berisi kerana baginya apa yang lebih penting ialah kesihatan Almy dan anaknya, Nur Afriana Ariana.

BACA: Peminat Kritik Majlis Aqiqah Fizz Fairuz Mewah & Membazir?

“Saya dah banyak kali cakap dengan dia, saya tak kisah kalau dia berisi atau pun montel, tapi Almy nak berusaha untuk kurus, jadi saya terimalah keputusannya. Bagi saya, kesihatan paling utama kalau Almy sakit dan lemah ia akan memberi kesan kepada Ariana”

“Apa-apa pun usaha Almy untuk nampak kurus tu saya pun gembira, saya akan memberi nasihat yang sewajarnya selaku seorang suami,” katanya yang dipetik daripada portal Murai sambil menyatakan perasaan terujanya sebagai seorang ayah.

Mengakui bahawa ia merupakan pengalaman baru buat dirinya, Fizz turut menyatakan bahawa dia sanggup berulang-alik dari Melaka ke Kuala Lumpur selama 3 minggu, semata-mata ingin menatap wajah anaknya. (rtky/s)