fbpx

Fizz Fairuz Teringin Timang Anak Lelaki

Sejak isteri hamil buat kali kedua, Fizz Fairuz mengharapkan bayi kedua yang bakal lahir pada bulan Oktober ini merupakan seorang bayi lelaki bagi menyempurnakan keluarga kecil beliau. Namun begitu menurutnya, jantina bayi kedua mereka belum dapat dipastikan walaupun beberapa imbasan dilakukan akibat bayinya yang terlalu ‘malu’.

BACA: Fizz Fairuz Terima Diri Sudah Tidak Popular

“Kalau boleh, anak kedua, saya mengimpikan untuk menimang cahaya mata lelaki. Sehingga kini, setiap kali imbasan dilakukan, jantina anak kedua kami masih belum dapat dikenalpasti. Dia main sorok-sorok agaknya. Apa yang penting bagi saya dan isteri, tak kisahlah apa jantina anak saya, asalkan bayi yang bakal lahir nanti sihat sejahtera”

“Semuanya bergantung atas soal rezeki. Jika dapat anak perempuan lagi, dia boleh bermain dengan kakaknya. Jika kami diberikan rezeki untuk menimang anak lelaki, kami sudah mendapat sepasang anak dan bolehlah dia berkawan dengan saya kelak,” katanya kepada portal Astro Gempak mengenai hasratnya yang teringin mahu anak lelaki.

Terdahulu, isterinya, Almy Nadia telah dimaklumkan sah hamil buat kali kedua dengan usia kehamilan selama lima bulan. Selepas pemeriksaan doktor dijalankan, bayi kedua mereka dijangka bakal lahir pada Oktober ini. Sebelum ini pasangan ini telah dikurniakan anak pertama perempuan, Nur Afrina Ariana pada 16 Februari tahun lalu. (rkty/w)