fbpx

Fizz Dan Almy Nadia Namakan Anak Sulung Nur Afrina Ariana

Baru sahaja menyambut kelahiran anak sulung pertama mereka, akhirnya Fizz Fairuz dan juga Almy Nadia mendedahkan nama cahaya mata mereka iaitu Nur Afrina Ariana. Menurut Almy, maksud nama tersebut ialah cahaya putih kemerah-merahan yang penuh kesejahteraan.

BACA: Almy Nadia Selamat Lahirkan Anak Sulung Perempuan

Buat masa ini, Almy mahupun Fizz belum lagi bersedia untuk mendedahkan wajah si comel mereka dan hanya akan berbuat demikian hanya selepas bayi mereka berusia 40 hari. Kepada peminat mereka semua, harapnya dapat bersabarlah, ya?

Memetik Almy di dalam akhbar Kosmo!, dia selesa memanggil puteri sulungnya itu dengan nama Ariana dan jika dilihat daripada riak wajah Almy di dalam akaun Instagram miliknya, ternyata cahaya mata pertama ini membawa makna baru dalam keluarga mereka.

Nur Afrina Ariana dilahirkan pada 16 Februari lalu di Hospital Columbia, Setapak kira-kira jam 6.49 petang dengan berat 3.25 kilogram. (rtky/syfq)