fbpx

Fizo Omar Kesal Ramai Busuk Hati, Selfie Banjir Jadi Isu

Prihatin dengan musibah yang menimpa penduduk di Pantai Timur yang dilanda banjir, Fizo Omar antara selebriti tempatan yang turun sendiri ke lokasi untuk membantu mereka yang memerlukan dan niat untuk mengajak orang ramai turut serta melalui selfie telah disalah anggap.

Gambar beliau yang sedang menaiki pacuan empat roda dalam misi menghantar makanan di Wakaf Che Yeh, Kelantan baru baru ini telah mengundang komen negatif dari para pengikutnya di Instagram yang mengatakan Fizo Omar sengaja mahu tunjuk baik.

BACA: Fizo Omar Terpaksa Ubah Syarat Pertandingan Sebab Ada Yang Main Kotor

Fizo Omar Kesal Ramai Busuk Hati, Selfie Banjir Jadi Isu - ROTIKAYA

“Ramai betul manusia yang hati busuk dan suka hukum orang lain sebab video selfie tengah banjir. Gambar itu diambil semata mata untuk tunjukkan keadaan banjir di Kelantan. Maaf cakap, kita diberikan akan fikiran dan itu membezakan manusia dengan binatang”

Dalam tulisan yang sama melalui Facebook, Fizo Omar turut mengajak orang ramai yang banyak memberikan komen negatif untuk turut serta dalam misi bantuan untuk mangsa banjir dari hanya membuang masa di media sosial. Ada berani kawan kawan? (rtky/m)