fbpx

Fiza Elite Kini Berhijab & Tunai Hasrat Sejak Tahun 2011

Ketika menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 30 pada Ogos 2011 yang lalu, Fiza Elite ada meluahkan hasrat beliau untuk berubah ke arah diri sendiri yang lebih baik & salah satu niatnya adalah untuk berhijab.

Setahun sembilan bulan selepas itu, Fiza Elite nampaknya telah berjaya menunaikan hasrat beliau itu dengan tampil bertudung penuh pada 6 Jun 2013 yang lalu — dan di’umum melalui akaun Instagram.

“Memang saya terfikir untuk bertudung sejak beberapa bulan ini. Saya tak mahu terburu-buru takut nanti saya melakukannya separuh jalan sahaja”

“Mahu berubah ini bukan setakat bertudung sahaja, tapi memerlukan kita untuk berubah secara dalaman juga”

“Cukupkah amalan kita? Cukupkah sembahyang kita?… tetapi kalau suatu hari nanti, anda lihat saya bertudung… itulah dia,” ujar Fiza Elite yang pernah popular dengan imej seksi di zaman remaja.

Berikut beberapa keping imej berhijab terbaru Fiza Elite — manis ‘kan?