Oleh RotiKaya Staff pada
17 March 2012, 11:03AM

Rasa’nya ini adalah kali pertama kami bawakan sebuah filem Korea untuk makluman anda dan kami berpendapat yang filem ini perlu masuk senarai mesti tonton.

Biasanya kita di’sogokkan dengan filem romantis Korea tipikal yang mengisahkan ikatan cinta lelaki & perempuan yang merentap hati juga perasaan penonton.

Kali ini, filem My Way yang bakal ke pawagam Malaysia 19 April ini menampilkan kisah persahabatan dua lelaki yang berlainan negara yang tetap utuh walaupun dalam suasana Perang Dunia Kedua.

Kisah dua sahabat itu sendiri sebenarnya sudah cukup untuk merentan hati penonton & filem ini lebih hebat dengan kesan khas epik sekitar Perang Dunia Kedua & di’zaman Jepun adalah kuasa besar yang menakluk Korea.


Komen & Lain-lain

Ada komen? Tinggalkan di'sini ...