fbpx

Filem Minggu Ini: A Good Day To Die Hard

Bruce Willis kembali lagi dalam filem epik beliau yang bermula pada tahun 1988. Selepas 25 tahun, Bruce Willis masih lagi mampu beraksi lagak seperti pelakon aksi muda. Die Hard eh?

Tampil dengan judul A Good Day To Die Hard, filem kelima dalam siri ini mengambil tempat di Moscow & masih mengekalkan Bruce Willis sebagai teraju utama membawa watak John McClane.

Dalam filem ini, John McClane terbang ke Russia untuk membantu anak lelakinya, Jack (Jai Courtney) yang terlibat dengan satu masalah dengan pihak berkuasa tempatan.

Namun, John McClane tidak menyangka yang penahanan anaknya hanya satu bahagian kecil daripada komplot besar pengganas untuk menggugat kestabilan dunia. Dramatik sungguh.

Beberapa babak dalam filem ini ada menyelitkan elemen dari filem terdahulu yang membuatkan kita mengimbau memori kita, seperti muzik latar ketika dalam lif & adegan ‘mati’ di’hujung cerita.

#01 Filem Minggu Ini - A Good Day To Die Hard - ROTIKAYA

Babak aksi kejar mengejar dalam filem ini memang boleh di’harapkan walaupun sedikit panjang durasinya pada pendapat kami — tetapi melihat Mercedes menghancurkan sebuah Porchse, memang berbaloi.

Ini merupakan review ringkas A Good Day To Die Hard dari kami sebelum pendapat lebih mendalam kami paparkan untuk rujukan anda nanti.

A Good Day To Die Hard telah membuka tayangan di Malaysia hari ini (7 Februari 2013), seminggu lebih awal daripada tayangan di Amerika Syarikat. Anda memang bertuah.