fbpx

Filem Lawak Ke Der 2 — Hans Isaac Letak Sasaran 15 Juta Penonton

Mula dipersembahkan pada bulan Februari tahun lalu, penerimaan yang sangat positif dari penonton Malaysia amat membanggakan tatkala tiket yang terjual ketika dipersembahkan di Istana Budaya sentiasa sold out.

Bertitik tolak daripada fenomena tersebut, Hans Isaac selaku pengarah bagi teater Lawak Ke Der telah membuat sekali kejutan dengan melakukan persembahan yang kedua di Istana Budaya tahun lalu.

Seramai lebih dari 30,000 penonton telah membanjiri Panggung Istana Budaya sepanjang ia dipersembahkan membuatkan Hans Isaac mengambil peluang tersebut untuk merakamkan ke dalam video untuk disunting menjadi sebuah filem.

Menyaksikan kebolehan pelawak kelas A Malaysia seperti Harith Iskander, Nabil Ahmad, Johan & Zizan serta anggota kumpulan Boboi iaitu Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik melawak di atas pentas berprestij itu bakal membawa penonton lebih ramai bergelak ketawa di pawagam 7 Mac nanti.

Apabila ditanya mengenai belanja yang telah dilaburkan untuk bahagian promosi sahaja, Hans Isaac memberitahu telah habis hampir setengah juta untuk promosi sahaja.

“Saya tidak memilih mana-mana rangkaian televisyen ataupun mana-mana medium percetakan untuk promosi filem ini. Saya buat untuk semua stesyen dan tidak pilih bulu kerana peminat yang datang dari pelbagai lapisan masyarakat dan kaum bukan hanya datang dari 1 medium massa”

Menurut Hans Isaac lagi, jumlah penonton yang disasarkan untuk filem Lawak Ke Der 2 adalah seramai 15 juta.

Bagi mereka yang kurang jelas, filem ini bakal divisualkan dari persembahan teater yang berlangsung pada tahun lepas dan bukanlah melakukan penggambaran.