fbpx

Fezrul Khan, Isteri Sah Bercerai

Tidak mahu bercerita lanjut serta tidak bersedia untuk berkongsi cerita mengenai perkara ini, pelakon Fezrul Khan mengakui bahawa dia dan juga isterinya, Noorhafizah Zulkafli telah pun bercerai talak satu. afaz cerai dilakukan Fezrul di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat dekat sini pada Rabu.

“Hmmm… Ya. Sejak semalam (bercerai) di Mahkamah Hulu Langat. Selebihnya saya tidak boleh bercakap sekarang. Saya belum bersedia,” katanya kepada mStar Online yang enggan memberitahu sebab sebernar perceraian tersebut.

Fezrul dan Noorhafizah mendirikan rumah tangga pada 5 Mei 2012 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Farrel Khan yang kini berusia dua tahun. Apa pun, semoga apa yang terjadi akan membuatkan Fezrul tabah menghadapi hari yang mendatang. (rtky/s)