
Lama sudah kita tidak dengar kisah terbaru penyanyi kelahiran Singapura Ferhad yang pernah popular dengan lagu ‘Kasih Berubah’.
Awal bulan Januari ini menandakan era baru dalam kerjaya Ferhad apabila di’tawarkan menjadi penyampai radio sepenuh masa di Mix FM.
Menurut Ferhad, ini bukan pertama kali beliau di’tawarkan untuk menjadi penyampai radio, namun tawaran Mix FM sukar di’tolak tambahan lagi Mix FM cukup sebati dengan jiwa.
“Lagu-lagu yang disiarkan juga bersesuaian dengan lingkungan umur yang disasarkan melalui stesen ini pada setiap hari,” kata Ferhad kepada Utusan Malaysia hari ini.
Ferhad bersiaran di konti Mix FM menerusi segmen The All New Mix kendaliannya dari pukul 6 pagi hingga 10 pagi itu.



mungkin mix fm offer ferhad itu atas dasar untuk tingkatkan rating….
Orang Singapura tak boleh cari makan di negara sendiri, datang Malaysia.
Dah datang Malaysia, kerjaya nyanyian tak menjadi jadi DJ radio lah pulak!
Dia ni kan kahwin dengan Elissa Mazlan, cucu bekas MB Selangor. Siapa tak kenal Arwah Dato’ Harun Idris?