fbpx

Hari ini Google mengeluarkan senarai tahunan untuk kata kunci paling popular yang dicari oleh anda semua sepanjang tahun 2014. Senarai ini pada tahun terdahulu dikenali sebagai Zeitgeist & tahun ini ianya telah dinamakan semula sebagai Year in Search.

Dari konteks dunia hiburan, drama bersiri popular Rindu Awak 200% berjaya tersenarai antara 10 kata kunci paling dicari menerusi Google Malaysia sepanjang 2014 manakala Felixia Yeap tersenarai sebagai selebriti paling kerap dicari menerusi Google.

#01 Paling Popular Google 2014 - ROTIKAYA

Felixia Yeap juga menduduki tangga ke-4 individu paling popular di Malaysia dan Hanez Suraya pula mengikuti rapat di tangga kelima diikuti Keith Foo di tangga ke-9.

10 selebriti tempatan paling popular pula menyenaraikan Felixia Yeap di tangga pertama diikuti ya, Hanez Suraya, Keith Foo, Sharifah Aini dan Erra Fazira sebagai lima teratas. Eina Azman, Wak Doyok, Puteri Sarah Liyana, Tasha Shilla & Joyce Chu melengkapkan senarai.

#02 Paling Popular Google 2014 - ROTIKAYA

Mengikuti rapat kedudukan Rindu Awak 200% sebagai siri televisyen paling popular adalah Ariana Rose dan Projek Memikat Suami di tangga kedua dan ketiga masing masing, Turut tersenarai adalah Aku Isterinya dan Jika Itu Takdirku.

Ikuti senarai penuh carian paling popular di Malaysia sepanjang 2014 di Google Year in Search.