fbpx

Felixia Yeap Nafi Peluk Islam Kerana Mahu Berkahwin

Kisah bekas model Playboy ini memeluk Islam masih diperkatakan ramai lebih lebih lagi apabila sekeping gambar dirinya bersama seorang jejaka yang didakwa sebagai teman lelaki beliau mula tersebar di laman sosial — dan menimbulkan satu lagi spekulasi.

Felixia Yeap atau nama barunya, Raisyyah Rania Yeap dikatakan mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam kerana kekasihnya yang juga seorang Muslim & mahu berkahwin.

BACA: Felixia Yeap Rasa Seperti Diri Dilahirkan Semula, Kekal Nama Cina

Bercakap melalui video di akaun Facebooknya, Felixia Yeap tidak menolak jika jodohnya sampai dalam masa terdekat dan siapalah dirinya untuk menolak ketentuan.

“Kalau jodoh datang masa ini, Raisyyah rasa memang wajar terima jodoh. Bagi Raisyyah, kalau ya pun betul-betul kahwin dengan orang kaya atau anak orang kaya pun di masa depan, kalau itulah jodoh Raisyyah yang Allah tentukan, ALLAH rancangkan untuk Raisyyah, siapa Raisyyah untuk mempertikaikan dan menolak jodoh tersebut,“ jelasnya.

Felixia Yeap memeluk Islam pada tanggal 3 Julai bersamaan 5 Ramadan, iaitu pada ulang tahun kelahirannya yang ke-28 dan ianya menjadi bahan bualan seluruh negara. (rtky/m)