fbpx

FB Kami Sokong Liyana Manan — Hanez Suraya Pertimbangkan Tindakan Undang Undang

Kalau anda mengikuti perkembangan kontroversi Hanez Suraya ini, pastinya anda sudah tahu akan kewujudan sebuah akaun Facebook yang mendedikasikan usaha dan sokongan mereka kepada isteri R atau Romie, Liyana Manan.

BACA: Hanez Suraya Mahu Selesai Secara Baik, Tak Hasrat Untuk Ambil Tindakan

Akaun Facebook dengan nama Kami Sokong Liyana Manan itu sehingga hari ini telah meraih sokongan lebih 116,000 orang di laman sosial itu dan nampaknya angka itu masih meningkat naik dari masa ke semasa — anda sudah like? Heh.

Lebih menarik, akaun Facebook tersebut juga menjadi medan untuk penyokong Liyana Manan berkongsikan gambar dan bukti hubungan Hanez Suraya bersama Romie yang sudah berlangsung sekian lama termasuk gambar percutian mereka bersama.

Hanez Suraya yang ditemui Berita Harian berkata yang beliau enggan menyesakkan mindanya dengan memikirkan soal akaun Facebook berkenaan selain penat memberikan kenyataan tentang kontroversi ini namun sempat meninggalkan satu amaran.

“Jika perbuataan pihak terbabit sampai mengancam keselamatan dan membahayakan diri, saya akan membuat laporan polis,” kata Hanez Suraya yang turut memaklumkan sebahagian gambar yang dimuat naik tiada kena mengena dengan isu ketika ini.

“Saya memang tidak akan berdiam diri kalau tindakan mereka melampau, sampai memalukan diri dan keluarga saya. Semua orang boleh berkata apa saja yang mereka inginkan sebab mereka tidak tahu kebenarannya,” tambah Hanez Suraya lagi. (rtky/m)