fbpx

Fazura Akui Menangis Tonton Babak Putus Cinta

Kisah cinta dan nama pelakon popular Nur Fazura sebenarnya agak sensitif untuk dibincangkan lebih lebih lagi perkembangan terkini, ya anda faham sendiri. Muncul dengan filem terbaru berjudul Manisnya Cinta Di Cappadocia tidak lama lagi, Fazura ada ‘kisah cinta’ mahu disampaikan.

Fazura mengakui beliau mengalirkan air mata ketika menonton lakonannya dalam Manisnya Cinta di Cappadocia terutama membabitkan babak putus cinta lebih lebih lagi karakter yang dibawanya dalam filem itu mempunyai persamaan dengan dirinya.

BACA: Fazura Kini Bergelar Penyanyi, Bakal Lancarkan Single

“Kematangan Ifti (nama watak) sama seperti mana diri saya sekarang seorang yang lebih matang, tenang dan mempunyai keutamaan. Mungkin satu kebetulan dan ianya berlaku pada masa yang sangat sesuai,” ujarnya kepada Malaysian Digest.

“Dalam babak putus cinta, sewaktu intepretasikan babak itu saya kaitkan dengan pengalaman diri sendiri sebelum ini. Sejujurnya saya menangis bila tonton babak tersebut tadi”

Manisnya Cinta di Cappadocia merupakan filem adaptasi novel karya Anis Ayuni yang diarahkan oleh Bernard Chauly & bakal ditayangkan di pawagam mulai 11 Disember nanti. (rtky/m)