fbpx

Faye Kusairi Akui Bercinta Dengan Bekas Suami Elly Mazlein

Kalau masih ingat dulu nama Faye Kusairi pernah terpalit dalam penceraian diantara Elly Mazlein dan suami, namun pada ketika itu beliau menafikan dakwaan menjadi orang ketiga dalam hubungan itu. Tetapi akhirnya, Faye akui bahawa bekas suami Elly Mazlein memang kekasihnya namun hubungan itu hanya terjalin selepas mereka disahkan bercerai pada awal Oktober lalu.

BACA: Faye Kusairi Tahu Siapa Buat Aduan Khalwat

“Saya mengakui berkawan rapat dengan Azmi tetapi ia berlaku sejak Disember tahun lalu, kira-kira dua bulan selepas mereka bercerai. Saya menafikan menjadi punca perceraian mereka. Ketika perceraian mereka saya sedang bercinta dengan orang lain selepas saya putus cinta barulah saya kenal Azmi. Itu pun selepas saya meminta Azmi menunjukkan bukti perceraiannya”

“Saya tidak akan rapat dengan dia jika saya tahu dia masih suami orang. Saya malas hendak komen apa tujuan Elly yang kerap kali menyerang saya. Saya juga tidak ambil tahu atau terasa hati dengan tindakan dia. Tuduhan yang dilemparkan kepada kami itu biarlah kami dan orang sekeliling saja yang mengetahuinya,” katanya kepada m Star Online mengenai perkara itu.

Sementara itu, Elly Mazlein menerusi akaun Instagram beliau dilihat memuat naik beberapa hashtag yang seolah menyindir sikap Faye Kusairi yang tidak membenarkan bekas suaminya itu melawat anak mereka. Namun apabila ditanyakan perkara itu, Elly berkata ianya hanya status suka-suka dan jika ada sesiapa tersinggung, ianya sekadar kenyataan sahaja.

Terdahulu, Azmi Hatta dan Elly disahkan bercerai pada 15 Oktober 2015 di Mahkamah Rendah Syariah Sepang kira-kira 11 bulan mendirikan rumah tangga. Malah, hasil perkongsian hidup pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 9 Mac lalu. Bagaimanapun, penceraian mereka dikatakan berpunca dari kehadiran pihak ketiga iaitu Faye. (rkty/w)