fbpx

Fathia Latiff Terkejut Aiman Mahu Nikah Cepat

Kenyataan yang dikeluarkan Aiman Hakim baru-baru ini yang mahu menjadikan Fathia Latiff sebagai isteri dalam masa yang terdekat membuatkan empunya hati terkejut kerana perkara itu sebelum ini tidak pernah dibincangkan bersama.

BACA: Aiman Hakim Rancang Nikahi Nur Fathia Dalam Masa Terdekat

“Tidak dinafikan saya gembira apabila dikhabarkan mengenai perkara ini. Terkejut juga kerana secara tiba-tiba timbul cerita ini kerana beliau tidak pula memberitahu saya berhubung sebarang kenyataan yang dibuat olehnya,” kata Fathia kepada BH Online.

Sebelum ini, Aiman sendiri memberitahu bahawa sebolehnya dia mahu bertunang terlebih dahulu sebelum mengikat pernikahan.

“Insya-Allah, kami merancang untuk memulakan dengan majlis pertunangan terlebih dulu sebelum sah bergelar suami isteri. Bagaimanapun, saya belum menetapkan tarikh pernikahan kerana bimbang ia tidak menjadi. Maka, saya serahkan kepada Allah SWT,” jelas kekasih hati Fathia itu sendiri.

Fathia bagaimanapun mengambil pendekatan untuk tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan kerana memberi kepercayaan kepada pihak lelaki untuk membawa hubungan mereka ke arah yang lebih serius. (rtky/s)