fbpx

Fathia Latiff Kini Sering Lewat Ke Lokasi Penggambaran?

Tidak mudah melatah dengar khabar angin dan berita lain mengenai dirinya, yang didakwa sering lewat ke set penggambaran, pelakon Fathia Latiff menjelaskan bahawa perkara tersebut mungkin cerita lama yang kembali diungkit.

BACA: Kekasih Cemburu Fathia Latiff Berlakon Dengan Remy Ishak?

Menurut Fathia, dia tidak menerima sebarang komen mahu pun teguran daripada pengarah dan juga penerbit setelah selesai menjalani beberapa drama yang dibintanginya sebelum ini.

“Mungkin benda tu benda lama. Orang mungkin bercerita balik. Dulu la, memang Fathia ada datang lambat tapi sebenarnya tidak. Benda tu dah lepas dan Fathia pun dah berubah ke arah kebaikan dan Fathia dah tak datang lambat”

“Fathia sentiasa on time,” jelasnya kepada program Melodi baru-baru ini. Selain itu, Fathia juga memberitahu, mungkin juga ada hari yang dia tidak dapat hadir ke lokasi tetapi perkara tersebut hanya terjadi apabila dia demam.

Berpunca daripada kejadian itu juga, pelakon ini juga turut memohon maaf sekiranya perkara tersebut membuatkan ada pihak yang terasa hati. (rtky/s)