fbpx

Fathia Latiff Dapat Tajaan Untuk Beli Undi?

Melalui laporan Utusan Online di ruang Poklip baru-baru ini, terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa pelakon jelita Fathia Latiff telah meminta tajaan seorang ahli perniagaan untuk membeli undinya untuk majlis anugerah yang berlangsung baru-baru ini.

BACA: Fathia Latiff Minta Nasihat Ustaz Isu Kongsi Gambar

Menurut ruangan Poklip itu lagi, ahli perniagaan itu sendiri telah menjelaskan perkara tersebut dan menyatakan bahawa tajaan bernilai RM35,000 diagihkan bagi membeli undi daripada peminatnya. Tidak mahu mendengar cerita sebelah pihak, Poklip dalam masa yang sama turut mendapatkan kenyataan daripada Fathia.

“Poklip tidak pastilah kebenaran cerita ini. Bila ditanya tidak pula menjawab dengan tepat. Susah juga kan? Harap-harapnya, ada penjelasan tentang isu. Bukan apa, tak mahu lah nanti setiap kali Fathia menang, ada pula pihak mengaku dia yang bagi tajaan!” jelas Poklip.

Apa pun, pastinya Fathia mempunyai jawapan tersendiri terhadap perkara berkenaan. Lagipun, Fathia sendiri mempunyai kekuatan peminat yang tersendiri, bukan? (rtky/s)