fbpx

Fathia Latiff Belum Sedia Bergelar Isteri

Masih memegang status solo selepas perpisahan dengan bekas kekasih beberapa tahun lalu membuatkan hati Fathia Latiff masih tertutup untuk menerima cinta baru. Malah hidup sendiri menjadikan Fathia sudah selesa selain daripada masih belum bersedia untuk bergelar isteri.

BACA: Fathia Latiff Tak Marah Dikritik Cara Bertudung

“Saya masih belum bercinta dengan sesiapa. Bila ada orang bertanyakan perihal jodoh, sejujurnya saya masih belum bersedia untuk bergelar seorang isteri. Saya gembira menjalani kehidupan saya sekarang ini. Saya juga belum membuka hati kepada sesiapa. Saya percaya, jodoh, ajal dan maut ketentuan Allah. Semuanya akan datang sendiri”

“Walaupun saya solo, Allah berikan saya rezeki, berikan saya keluarga dan sahabat yang baik. Allah juga memberikan saya perasaan gembira. Mengapa saya perlu fikirkan benda yang saya tidak ada? Lebih baik saya fikirkan perkara yang ada di hadapan saya dan mensyukuri serta menghargainya,” jelasnya kepada portal Astro Gempak.

Walaupun sering ditanya soal jodoh, Fathia enggan terlalu memikirkannya dan percaya dengan ketentuan Ilahi yang pasti sudah mengaturnya dengan sempurna. Sebelum ini, Fathia pernah dikaitkan dengan seorang ternama yang berketurunan diraja dan dikatakan bakal mendirikan rumah tangga namun beliau menafikan dakwaan terbabit. (rtky/w)