fbpx

Fathia Latiff Mengakui Pernah Menangis Kerana Cinta

Sedang hangat dilanda kontroversi berbogel yang dalam masa yang sama turut mempromosi filem lakonannya ketika ini, Fathia Latiff menerusi Utusan Malaysia mengakui dia memang pernah menangis kerana cinta.

BACA: Fathia Latiff Jawab Isu Bogel & Drama Tidak Bermoral

“Sudah tentu. Memang pernah. Saya tidak mahu berbohong dan hipokrit. Saya juga jenis yang senang menangis. Tapi tidak mahulah kerana lelako saya lupa akan kerja yang sepatutnya dibuat. Cinta dan kerjaya, saya perlu seimbangkan,” katanya.

Selain itu, Fathia menyatakan bahawa dia juga sudah bersedia dengan pelbagai dugaan yang bakal dialaminya jika timbul spekulasi berkaitan dengan Aiman Hakim.

“Sudah bersedia. Selama bercinta dengan Aiman belum ada lagi soal wujudnya orang ketiga. Aiman sangat ambil berat dan dia memang baik sangat. Penyayang. Dari situ ada potensi untuk masa depan. Jadi kita letakkan harapanlah,” jawab Fathia lagi. (rtky/s)