fbpx

Fasha Sandha Tunjuk Bukti Jejai Gila Talak?

Memang hangat kisah percintaan Fasha Sandha dan juga bekas suami, Jejai, sejak dari dulu lagi. Namun dalam kuat Fasha hidup sebagai ibu tunggal, tidaklah diketahui bahawa ada insan yang kembali ingin mendapatkan cinta darinya.

BACA: Gambar Sekitar Sambutan Birthday Anak Fasha Sandha, Jemyma

Melalui perkongsian Fasha di Instagram, dia mendedahkan cerita yang mungkin sudah lama terpendam dari pengetahuan ramai. Antara perkara yang disentuh Fasha dalam kenyataannya itu adalah berkaitan kebencian daripada keluarga di pihak sana terhadapnya.

Malah katanya dia juga sudah beberapa kali menjauhkan diri daripada lelaki berkenaan agar mereka tidak bersama. Perkara itu ditambah lagi dengan hasutan daripada orang lama. Perkara ini sekaligus mengundang rasa simpati peminat dan pengikut di Instagramnya – dan orang luar pun komen lebih-lebih di laman sosial tersebut macam tahu segala bagai.

Tidak habis dengan pendedahan itu saja, nampaknya perkara tersebut mungkin akan berlanjutan apabila Fasha menyatakan bahawa dia akan membuka satu persatu kisah yang tidak diketahui orang ramai, hari demi hari. Apakah tindakan seterusnya daripada Fasha tidaklah diketahui atau bak hashtag Fasha, #DramaSeribuEpisod.

Tidak tahan dengan privasinya yang diganggu itu juga, bagai ada bayangan bahawa Fasha akan membawa perkara ini ke muka pengadilan dengan pelbagai bukti lain lagi katanya. Semoga situasi yang sudah diketahui ramai ini terkawal dan masih mampu diselesaikan dengan cara baik, mungkin? (rtky/s)