fbpx

Fasha Sandha Fail Perintah Mahkamah Elak Diganggu Bekas Suami

Selepas berulang kali diganggu oleh bekas suami, Fasha Sandha hari ini menfailkan perintah injuksi untuk menghalang Rizal Ashram atau Jejai daripada terus menganggu privasinya. Menerusi permohonan itu, Fasha memohon Mahkamah Tinggi Syariah menghalang Jejai menganggunya secara percakapan, termasuk mesej atau laman sosial.

BACA: Rambut Pendek Buat Rezeki Fasha Sandha Melimpah

Selain itu, Fasha turut memohon untuk mendapatkan perintah mahkamah supaya menghalang Jejai daripada menceroboh privasinya sama ada secara bersendirian mahupun ditemani keluarga. Bagaimanapun mahkamah memerintahkan kes itu didengar dengan kehadiran dua belah pihak.

“Walaupun mahkamah berpuas hati dengan afidavit yang difailkan pemohon namun adalah lebih adil mahkamah memberi peluang kepada responden sendiri untuk menjawab semua dakwaan,” kata Hakim Syarie, Muhammad Abdul Karim Wahab kepada m star Online.

Dalam masa yang sama, Fasha turut memohon notis tunjuk sebab terhadap jejai mengenai perlantikan pemegang amanah terhadap sebuah kediaman di Ampang selepas beliau gagal mematuhi perintah mahkamah untuk menandatangani surat ikatan pemegang amanah. Dengan itu pihak mahkamah menetapkan 17 April ini bagi sebutan kes semula.

Terdahulu, Fasha pernah membuat laporan polis mengenai tindakan Jejai yang sering menceroboh kediamannya tanpa kebenaran. Manakala pada awal Mac lalu, Fasha yang tidak tahan lagi dengan perangai jejai mendedahkan tindakannya yang sering menghubunginya berulang kali. (rtky/w)