fbpx

Fasha Sandha Didik Anak Hidup Susah

Mahu anaknya mampu berdikari apabila meningkat dewasa nanti, Fasha Sandha dan suaminya mengambil keputusan untuk tidak memanjakan anaknya dengan kemewahan sebaliknya hanya memberikan keperluan yang secukupnya saja.

BACA: Fasha Sandha Hadkan Perkongsian Di Sosial Media

“Saya hanya memberi kemudahan seperti gajet atau alat telekomunikasi jika diperlukan. Contohnya, penggunaan gajet untuk tujuan pembelajaran, bukan untuk kemewahan,” jelasnya kepada BH Plus.

Tambah Fasha, dia mahu anaknya menjadi kuat dan berdikari sepertinya. Dibesarkan oleh ibunya tanpa bantuan bapa, perkara itu sedikit sebanyak membuatkan Fasha kuat dan tidak mudah ditindas apabila ditimpa halangan.

Apa pun, semoga keluarga ini akan terus bahagia. Sebelum ini Fasha sendiri pernah menyatakan bahawa dia belum bersedia untuk menerima cahaya mata baru tetapi jika sudah ditakdirkan rezeki, dia menerima dengan hati terbuka. (rtky/s)