fbpx

Fasha Sandha Buat Laporan Polis Terhadap Jejai

Pelakon, Fasha Sandha dikhabarkan membuat laporan polis terhadap bekas suaminya, Jejai yang dikatakan sering memasuki rumah pelakon itu tanpa kebenarannya. Fasha telah hadir bersama peguamnya ke Balai Polis Ampang pada tengahari semalam untuk membuat laporan polis.

BACA: Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anak Sulung Fasha Sandha

Memetik laporan Harian Metro, Fasha membuat laporan polis menentang Jejai kerana tidak tahan dengan sikapnya yang sering memasuki kediaman beliau tanpa kebenaran. Malah, Jejai juga dikatakan mengawal pergaulan bekas isterinya itu sehingga bertindak memarahi serta menggugut raka-rakan yang keluar bersama Fasha.

Bagaimanapun ketika ditanya mengenai dakwaan itu, Fasha memilih untuk berdiam diri tanpa mengeluarkan sebarang komen. Beliau hanya menjawab dengan ringkas bahawa kes terbabit telah diserahkan kepada pihak peguam dan polis jadi tiada apa yang perlu diberitahu dengan lanjut.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012, namun sekitar Januari, Fasha telah memohon penceraian di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas empat tahun bernikah. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha.

Setakat ini masih tiada penjelasan lanjut dari kedua-dua pihak. Tetapi walau apa pun masalah yang menimpa pasangan ini, diharap semuanya dapat diselesaikan dengan cara yang lebih baik. Dan semoga Fasha dan Jejai tabah menghadapi ujian ini. (rkty/w)