fbpx

Fasha Sandha Beri Kenyataan Bakal Bernikah Tahun Ini Selepas Khabar Angin

Ah akhirnya mengaku juga Fasha Sandha tentang khabar angin yang beliau bakal berkahwin pada tahun 2012 ini.

Sejak beberapa minggu yang lalu, kami ada menulis tentang kisah baju pengantin Fasha Sandha dan rancangan perkahwinan beliau.

Namun, Fasha Sandha ketika itu menafikan khabar angin tersebut, dan hari ini kenyataan eksklusif beliau kepada Murai.com.my menjawab persoalan selama ini.

Fasha Sandha yang kini sedang hangat berpacaran dengan Rizal Ashram (Jejai) berkata segala perancangan untuk majlis perkahwinan sedang di’lakukan secara berperingkat dan mereka belum ada tarikh yang di’tetapkan. 

Baguslah untuk pasangan ini yang sudah lama menjadi perhatian media juga peminat sejak pertama kali mereka di’kaitkan bersama. Jangan segan segan untuk hantar kad jemputan buat kami.