fbpx

Farid Kamil Bersederhana Sambut Anak Kedua

Bakal menyambut kelahiran cahaya mata kedua pada pertengahan bulan hadapan, Farid Kamil dan juga isterinya, Diana Danielle memilih untuk bersederhana dalam menyambut anak kedua mereka nanti.

BACA: Farid Kamil Dan Diana Daniella Ramal Bakal Timang Anak Perempuan

“Saya dan isteri sepakat nak kitar semula barangan lama. Jadi kalau ada mana-mana barang Che Mad yang boleh diguna pakai, lebih afdal juga ia dipraktikkan. Anak ini cepat membesar jadi sebaiknya kita tak perlu membazir”

“Mulai bulan depan juga, saya tidak akan menerima tawaran berlakon dan harapnya perancangan itu tak terganggu. Ini kerana saya nak beri perhatian penuh kepada isteri dan anak yang bakal lahir,” jelasnya kepada BH Online.

Selain menjelaskan bahawa Diana tidak mengidam benda-benda pelik ketika mengandung kali ini, Farid juga berkongsi kegembiraan mengenai Muhammad yang kini cenderung meminati sukan yang sama diminatinya iaitu sukan berkuda. Apa pun, semoga keluarga ini lebih berseri dengan kehadiran cahaya mata baru nanti. (rtky/s)