fbpx

Farid Kamil Akui Kekok Kendalikan Nur Aurora

Mengakui kehadiran cahaya mata keduanya, Nur Aurora memberikan pengalaman yang berbeza kepadanya sebagai seorang bapa. Malah Farid Kamil sendiri menyatakan bahawa dia sedikit kekok ketika mengendalikan Aurora.

BACA: Farid Kamil Belum Sedia Dedah Anak Ceburi Dunia Seni

“Kehadiran Aurora memberi satu dimensi yang berlainan kepada saya. Jika sebelum ini saya biasa menjaga dan mengasuh anak lelaki saya iaitu Muhammad, kini saya juga harus menjaga anak perempuan pula. Ianya satu pengalaman baru bagi saya”

“Terus terang saya katakan, sebagai seorang bapa yang baru sahaja menerima kelahiran bayi perempuan, saya kekok mengendalikan Aurora. Ini kerana Aurora masih kecil dan dia sangat fragile. Isteri saya, Diana Danielle banyak menjaga Aurora,” jelas Farid kepada portal Astro Gempak.

Selain itu, pelakon ini turut menjelaskan bahawa Aurora membesar dengan sangat pantas selain mengakui kehadiran laman sosial seperti Instagram banyak membantu mendokumentasikan setiap aktiviti dan perkembangan anaknya itu.

“Aurora membesar dengan sangat pantas. Walaupun baru berusia sebulan, Aurora sudah tidak muat untuk memakai baju bayi berusia tiga bulan. Alhamdulillah, perkembangan itu sangat positif dan saya gembira melihat anak-anak saya membesar di depan mata”

“Saya berpendapat yang akaun Instagram menjadi satu aplikasi yang mudah untuk mendokumentasikan setiap aktiviti dan perkembangan seseorang. Untuk Aurora, saya jadikan Instagram sebagai album bergambar untuk dilihatnya kelak, sama seperti Muhammad,” ujarnya. (rtky/s)