fbpx

Farawahida Cuba Rawatan Tradisional Dapatkan Anak

Penyanyi, Farawahida akui sejak mendirikan rumah tangga dua tahun lalu, pertanyaan mengenai cahaya mata seringkali diajukan kepadanya. Namun begitu, beliau enggan merasa terlalu tertekan mengenainya, malah pelbagai inisiatif juga telah dilakukan oleh pasangan ini.

BACA: Farawahida Kini Bertudung & Harap Doa Peminat

“Saya menganggap soalan mengenai anak ini sebagai perkara biasa. Sekiranya sebelum berkahwin dulu kita akan diajukan persoalan bila hendak mengakhiri zaman bujang, dan begitulah sebaliknya. Saya hanya akan berasa tertekan pada saat diajukan mengenai hal itu. Bagaimanapun saya enggan terlalu memikirkan persoalan berkenaan”

“Tiada apa yang dapat dibuat kerana semuanya kuasa Tuhan. Saya dan suami sudah mencuba rawatan tradisional, namun belum diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata. Mungkin pada masa akan datang kami akan mencuba perubatan moden pula,” jelasnya kepada Berita Harian Online berhubung pertanyaan yang diajukan itu.

Tambahnya lagi, beliau dan pasangan sudah sepakat untuk mengambil pendekatan menghadapi cabaran serta ujian ini dengan tenang tanpa cuba mempersoalkan kerja Tuhan. Sebaliknya, katanya lagi jika sudah tertulis rezeki mereka, pasti ianya tidak akan ke mana-mana kerana perkara seperti ini bukan boleh dipaksa. (rkty/w)