fbpx

Farah Asyikin Fail Permohonan Cerai, Kes Tangguh

Entah secara kebetulan atau memang dijadualkan sebegitu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini penuh dengan kes penceraian melibatkan selebriti tempatan seperti Awie & Rozana, Syura, Fadilah Mansor & Mat London dan juga Farah Asyikin.

Rakan media di mStar Online membuat rangkuman kesemua kes yang terlibat hari ini dalam satu artikel dan jika anda berminat, boleh menghala ke sana sekarang juga.

Paling mengejutkan adalah Farah Asyikin dan suaminya, Zaahier Stanley yang dikhabarkan telah memfailkan permohonan cerai selepas nama mereka terpapar di papan permohonan cerai di mahkamah tersebut hari ini.

Farah dan Zaahier tidak hadir ke mahkamah dan kes berkenaan ditangguh pada 21 Januari untuk sebutan semula. Pasangan ini telah berkahwin pada 15 Februari 2013 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki sepanjang perkahwinan mereka. (rtky/m)