Oleh RotiKaya Staff pada
10 April 2012, 2:04AM

Eh. Khabar’nya Zed Zaidi tidak berpuas hati dengan kemenangan Aaron Aziz sebagai Artis Paling Popular pada ABPBH25 yang lalu. Apa kes? – mStar Online

Damon Albarn yang merupakan figura penting untuk dua buah band berpengaruh Blur & Gorillaz berkata masa hadapan kedua dua kumpulan tersebut semakin kabur dek masalah dalaman. – Pitchfork

Pelakon & jelitawan Zooey Deschanel (gambar) yang suka berperangai aneh menjadi wajah muka hadapan edisi terbaru Marie Claire & berbicara soal cinta baru beliau. Eh ada? – Just Jared

Beberapa hari lalu ada gossip mengatakan penyanyi yang semakin meningkat naik, Lana Del Rey kini berpacaran dengan lagenda rock Axl Rose dari Gun N’ Roses namun gitaris kumpulan itu tampil menafikan. – TMZ

Untuk minggu ketiga berturut turut, The Hunger Games terus mengungguli carta box office Hollywood apabila berjaya mencatat kutipan domestik melebihi US$300 juta dalam masa hanya 17 hari. Fuuu! – Detroit Free Press


Komen & Lain-lain

Ada komen? Tinggalkan di'sini ...