fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.87)

Ashton Kutcher telah di’sahkan memegang watak sebagai Steve Jobs dalam filem biografi yang bakal di’terbitkan oleh penerbit bebas & bukan’nya Sony Pictures. Sesuai atau sekadar persamaan wajah? – The Guardian

Bersedia untuk berdarah hidung & serbanista boleh mula bermain jauh jauh, ini set gambar yang menunjukkan Stacy Keibler dalam persalinan seksi sekitar tahun 2008. Untung’lah George Clooney. – The Superficial

Filem Adam Sandler, Jack & Jill berjaya menggondol 10 buah anugerah termasuklah Worst Pictures, Worst Actor & Worst Actress pada Golden Raspberry Awards. Ouch! – NME

Dengan kembalinya filem Titanic ke layar perak dalam format 3D, Leornado DiCaprio di’khabarkan tidak berhenti ketawa melihat wajah jambu beliau dalam filem tahun 1997 itu. Heh. – Times of India

Game of Thrones musim kedua sudah pun bersiaran di Amerika Syarikat dan kita di Malaysia boleh mula menonton pada 22 April ini menerusi HBO. Anda boleh mula baca review mereka yang sudah menonton. – THR