fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.67)

Tahukah anda bahawa ratu rock Malaysia, Ella bakal berkahwin dengan jejaka yang di’kenali sebagai A di’khabarkan dalam tahun ini juga. Tahniah! – GUA

Kisah artis Hollywood memakai insurans untuk anggota badan mereka yang di’anggap aset bukan perkara baru. Ini senarai 20 nama termasuk Heidi Klum dengan insurans bernilai US$2 juta untuk kaki. – The Wire

Selebriti kesukaan penyambut tetamu kami, Kim Kardashian di’khabarkan telah menderma sebanyak 2 kali ganda dari nilai hadiah perkahwinan beliau sebelum ini. – TMZ

Mila Kunis menghiasi muka hadapan majalah fesyen Harper’s Bazaar edisi April 2012 dan berkata tiada siapa yang sudi untuk mengajak beliau keluar bersama sepanjang tahun lalu. Hmm, challenge accepted!Just Jared

Ini satu analisis mendalam tentang siapakah selebriti Hollywood yang paling kerap di’cari melalui Google sepanjang lima tahun kebelakangan ini. Dan, jika anda sudah boleh jangka, Michael Jackson mendahului. – Huffington Post