fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.62)

Boleh jadi ini entri kompilasi khas bersempena Anugerah Oscar yang berlangsung semalam. Mari kita mulakan dengan senarai 11 Fakta Pelik Berkenaan Anugerah Oscar. – Geekosystem

Natalie Portman (gambar) tampil bergaya di’karpet merah Anugerah Oscar semalam yang di’panggil oleh media sebagai penampilan selepas bersalin. Sudah lapan bulan sebenar’nya. – Splash News

Ini kelakar. Sacha Baron Cohen menumpahkan ‘debu mayat’ mendiang Kim Jong Il ke atas sut Ryan Seacrest di karpet merah Anugerah Oscar. – Youtube

Selebriti bermasalah Hollywood, Lindsay Lohan bakal membuat kemunculan khas di Saturday Night Live dan memberi amaran bahawa apa sahaja boleh berlaku pada malam itu. – TMZ

Salah seorang penyampai Anugerah Oscar semalam, Jennifer Lopez di’katakan memakai persalinan yang mendedahkan lebih dari sepatutnya di’bahagian dada. Faham sendiri. Hmm. – Hollywood Life