fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.57)

Walaupun bergelar supermodel, Kate Moss tidak terlepas daripada insiden memakai persalinan yang sama dengan seorang lagi selebriti, Yasmin Le Bon dalam satu majlis. – Splash News

Oh kenapa tidak berita tentang tattoo terbaru selebriti Hollywood dan ini kisah Miley Cyrus yang baru sahaja mendapatkan tattoo dengan tulisan Love Never Dies di’lengan beliau. – TMZ

Lagenda nyanyian, Whitney Houston sudah selamat di’semadikan di New Jersey & bersebelahan dengan mendiang ayah’nya yang meninggal dunia sekitar 2003. – US Weekly

Siri animasi televisyen, The Simpsons baru baru ini meraikan episod ke 500 & peminat pecahkan rekod dunia dengan menonton kesemua episod selama 86 jam dan 37 minit. Fuuuu! – THR

Jangan tidak percaya, Justin Bieber (gambar) yang sedang bercuti bersama Selena Gomez melontarkan F#*k You! kepada peminat beliau ketika berada di Disneyland baru baru ini. Wow. – Buzz Feed