fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.478)

VIDEO HARI INI: Kita kekurangan stesen televisyen & rancangan berita untuk tampil dengan kompilasi sebegini namun terima kasih kepada bilik berita luar negara, ini koleksi terbaik bloopers mereka. Mungkin anda perlu pakai earphones, jika di pejabat.

Filem dokumentari Justin Bieber, Believe yang kini sudah berada di pawagam hanya berjaya mengaut kutipan tiket sebanyak US$4.5 juta sepanjang lima hari tayangan & ini sebenarnya satu yang mengecewakan walaupun kos pembikinannya sangat rendah. – THR

Bintang pop Taylor Swift menduduki tangga teratas dalam senarai selebriti paling pemurah atau berkebajikan sepanjang tahun 2013 yang dikeluarkan oleh DoSomething.org dikuti oleh One Direction, Beyoncé & Paul Walker. – Entertainment Weekly

Istana Budaya yang menjadi lokasi untuk pelbagai pementasan muzik, teater & konsert berprestij telah berjaya mengutip jualan tiket sebanyak RM9 juta dan angka ini meningkat dari kutipan tahun lepas berjumlah RM8.3 juta. – Sinar Harian

Bintang filem Twilight, Kellan Lutz yang juga merupakan sahabat baik kepada Liam Hemsworth dikatakan sedang mendekati Miley Cyrus dan mereka berdua dilaporkan telah keluar bersama baru baru ini. Ambil peluang nampak. – US Magazine

Filem epik samurai yang dibintangi Keanu Reeves, 47 Ronin dilaporkan telah pun mengalami kerugian sebanyak US$175 juta selepas filem ini tidak mendapat sambutan menggalakkan dari para peminat filem. Ouch! – USA Today