fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.46)

Penyanyi bakal kembali dengan barisan baru OAG, Radhi berkata yang beliau nekad untuk menjadi sukarelawan di Rumah Pengasih buat selamanya. – mStar Online

Bintang remaja Hollywood, Daniel Radcliffe telah memilih Tiffany sebagai ahli kumpulan SNSD (Girl’s Generation) yang paling cantik ketika temubual untuk filem terbaru beliau, The Woman In Black. – allkpop

Walaupun memegang salah satu watak dalam filem Friends with Kids, wajah Megan Fox (gambar) tidak kelihatan dalam poster promosi filem tersebut. Apa kes? – Celebslam

Fasha Sandha versi Hollywood, Lindsay Lohan berkata beliau mungkin akan mengambil tindakan undang undang terhadap mereka yang mengatakan beliau mabuk ketika post party SAG Awards baru baru ini. – Huff Post

Jika anda dalam mood untuk melihat selebriti Hollywood dalam persalinan bikini, Charlize Theron baru sahaja tamat satu sesi fotografi di’mana beliau mengenakan satu persalinan bikini yang aneh bentuk’nya. – Too Fab