fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.459)

VIDEO HARI INI: Untuk anda yang takutkan bayi atas apa sebab sekali pun, ini ada video tutorial bagaimana untuk berhadapan dengan ketakutan anda itu. #LOL

Walaupun sudah mengumumkan yang mereka berpecah, Jonas Brothers baru baru ini telah pun melancarkan lima buah lagu baru buat kali terakhir buat para peminat mereka. – Just Jared

Mungkin ini hobi baru buat penyanyi remaja popular, Justin Bieber apabila beliau di’lihat sekali lagi meninggalkan hasil seni graffiti di Brisbane, Australia dan yang sebelum ini beliau melakukan perkara ketika berada di Brazil. Kaki conteng rupanya. – TMZ

Masih mahu mengikut adat tradisi Melayu, pelakon popular Rozita Che Wan telah mengambil keputusan untuk tidak berjumpa dengan bakal suaminya, Zain Saidin sehingga tiba hari majlis pernikahan mereka kelak. Aww. – Utusan Malaysia

Selepas lebih dua tahun selepas Demi Moore mengumumkan yang perkahwinan bersama Ashton Kutcher telah berakhir, hari ini secara sah menerusi undang undang pasangan ini sudah berpisah dan aktress itu tidak berjaya menerima nafkah seperti di’tuntut. – Huff. Post

Terdapat laporan di Hollywood mengatakan yang Tom Cruise kini sedang berpacaran dengan aktress Laura Prepon selepas mereka berdua di’lihat keluar makan bersama namun gossip ini telah di’nafikan oleh wakil kedua dua mereka. – US Magazine