fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.457)

VIDEO HARI INI: Harap anda tidak bosan dengan kisah perkahwinan Zain Saidin dan Rozita Che Wan ketika ini kerana video hari ini merupakan video eksklusif pengumuman tarikh pernikahan & resepsi mereka. #WeddingOfTheYear2013

Taylor Swift menjadi pemborong anugerah terbanyak pada American Music Awards (AMA) 2013 dengan empat gelaran termasuklah Artist of the Year. Berikut merupakan senarai penuh para pemenang buat rujukan anda semua. – Just Jared

Pelakon Liyana Jasmay yang sedang hamil empat bulan akan berehat seketika daripada dunia lakonan sehingga dia selamat bersalin yang dijangka pada pada Mei 2014 dan berikan fokus kepada filemnya yang akan ditayangkan awal tahun hadapan. – mStar Online

Filem yang di’nanti ramai, The Hunger Games: Catching Fire berjaya memecah rekod kutipan tiket pada hujung minggu pembukaan dengan mengutip US$161.2 juta sekaligus mengatasi kutipan hujung minggu filem pertamanya yang terdahulu. – Rolling Stones

Bersempena dengan ulangtahun kelahiran ke-21 Miley Cyrus, bapanya telah membelanjakan US$24,000 untuk sebuah motorsikal model Can Am Spyder 2013 lengkap dengan hiasan bertemakan gaya peribadi penyanyi itu. – TMZ

Pasangan muda yang telah disahkan bercinta, Kim Bum & Moon Geun Young telah pulang dari percutian mereka di bumi Eropah dan pasangan ini di’lihat berpegangan tangan ketika keluar dari lapangan terbang di Korea. Awww. – Soompi