fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.446)

VIDEO HARI INI: Selepas berdekad bertarung dengan ketagihan alkohol, kemiskinan dan tiada tempat tinggal, bekas tentera USA Jim Wolf di’berikan make over oleh Degage Ministries dengan harapan ianya boleh merubah kehidupan beliau.

Pelakon Hanez Suraya berpendapat tidak salah bagi individu yang ingin melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan cantik dan ia suatu perkara normal dewasa ini. – mStar Online

Untuk kali ke-7 dalam sejarah penganjuran pertandingan ini, Venezuela berjaya membawa pulang gelaran Miss Universe dan tahun ini menerusi wakilnya Gabriela Isler yang berusia 25 tahun yang di’nobatkan di Moscow, Sabtu lalu. – Huffington Post

Dalam satu temubual terbaru bersama media, Lady Gaga mendedahkan yang beliau ingin memilki ramai anak dan tiga orang sekurang kurangnya juga beliau kini sedang giat membuat persiapan untuk sebuah konsert di angkasa lepas. Yerp. – People

Kumpulan pop Korea, CNBLUE bakal memulakan tayangan dokumentari khas mereka bertajuk The Story of CNBlue – Never Stop di Jepun terlebih dahulu pada Januari tahun hadapan. – Soompi

10 tahun dahulu hari ini, sebuah filem komedi romantik bersempena Krismas mula ditayangkan dan ianya mencipta fenomena seluruh dunia & dimanakah para pelakon filem Love Actually berada kini? *korek koleksi DVD* – Too Fab