fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.441)

VIDEO HARI INI: Sebuah kumpulan a cappella, Pentatonix dalam usaha mempromosikan album terbaru mereka PTX Vol. 2 telah melancarkan mashup lagu lagu popular Beyoncé baru baru ini dan ianya da bomb!

Antara filem yang kami nantikan telah di’umumkan tarikh tayangan baru, The Wolf of Wall Street akan ke pawagam 25 Disember ini dan sila tonton trailer terbaru yang menampilkan Leornado DiCaprio di’samping barisan pelakon hebat lain. – Just Jared

Selepas ditahan kerana mengasari seorang lelaki hujung minggu lalu, Chris Brown telah memilih untuk memasuki pusat pemulihan dengan niat untuk kembali fokus dalam kehidupan dan karier dari sudut yang lebih positif. – People

Filem terbaru beliau The Alumni akan ke pawagam tidak lama lagi & peminat ahli kumpulan Big Bang, T.O.P ada sebab untuk lebih teruja apabila beliau dikhabarkan akan kembali dengan aktiviti seni secara solo sekitar November ini. – Soompi

Dalam tembual terbaru bersama Ryan Seacrest, Kanye West berkata yang tunangnya Kim Kardashian merupakan individu yang lebih berpengaruh berbanding presiden Barack Obama & patut menjadi wajah muka hadapan majalah VOGUE. – NY Daily News

Konsert Lantera Timur yang berlangsung September lalu telah menyaksikan Datuk Siti Nurhaliza mencatat sejarah sebagai artis solo pertama mengutip jualan tiket dengan jumlah RM1 juta di Istana Budaya, Kuala Lumpur. – mStar Online